Monday, March 19, 2012

Jogging.. Jogging...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, weekend baru2 ni saya ngan kawan2 yang lain sempat pegi 'jogging' kat tasik varsiti... jogging la sangat... -_-" kebetulan hari tu, ada larian gemilang dekat UM.. ramai jugak kot yang participate.. foreigner2 pun join sekali.. teringat kata2 sorang sahabat ni.. "tengok la.. yang ramai ikut larian tu rata2 orang bukan Islam.. nampak sangat orang kita ni tak aktif bersukan."  Diri sendiri agak terasa dengan statement tu, disebabkan saya jugak termasuk dalam kategori itu.. huhu.. kata2 tu ada betulnya jugak. Bila tengok orang2 yang participate dalam larian tu, kebanyakannya memang orang2 bangsa lain.. agak tak sedap jugak lah mata yang memandang ni, lagi2 peserta perempuan yang terdedah aurat mereka.


Amek gambar jap before jogging... hehe...
"takde ke peserta perempuan Islam yang ikut? saya nak sangat tengok ada orang perempuan yang tutup aurat lengkap ikut aktiviti2 macam ni.." sambungnya lagi.. termuhasabah diri sebentar. kaki terus melangkah menyusuri ruang pejalan kaki di tepi jalan, sambil mata merayap ke sekitar padang, tengah mencari2 tempat yang sesuai untuk agenda minggu depan. tak lama lepas tu, saya terlihat beberapa orang perempuan bertudung, lengkap menutup aurat sedang berlari bersama2 dengan peserta larian yang lain. Dalam hati terdetik rasa gembira sedikit, ada jugak rupanya orang kita yang suka ikut aktiviti macam ni, ingatkan sudah tiada.. " ***, tengok tu.. ada la orang yang bertudung ikut.. cuma dia lambat sikit, ketinggalan jauh kat belakang.. hehe..." kata saya pada teman yang tadi.. senyum terukir di bibirnya.. barangkali turut gembira seperti saya.. ^_^

suka gambar ni.. cute.. ^_^

agak2 bleh buat cover album tak...? :p
Kadang-kadang kita pandang remeh tentang perkara-perkara macam ni.. Nak luangkan masa sedikit untuk jogging pun kadangkala payah.. Malas. Padahal riadah tu penting. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak. Tak dinafikan, ada ja yang suka bersukan, dalam kalangan sahabat saya sendiri pun, ramai ja yang aktif terutamanya budak lelaki.. bangga jugak lah punya sahabat2 macam ni, sekurang-kurangnya orang tak la pandang budak2 pengajian Islam ni orang2 yang just ke arah keagamaan ja.. tapi ada jugak yang suka bersukan, study tak kesah sangat, dan ada jugak yang just study ja memanjang, tapi tak kesah pun tentang kesihatan badan sendiri. Tak balance.

suka korang main ek...
khusyuk bercerita zaman kanak-kanak dulu...
Kalau boleh kita nak lahirkan orang2 yang seimbang.. yang studynya mantap, dan aspek lain pun mantap jugak.. Tak kesah la dari segi akhlak, tabiat, percakapan, n etc... Sebab orang sekeliling akan menilai kita dari sekecil-kecil perkara tanpa kita sedari.. Muhasabah diri sekejap. Rasa macam banyak sangat benda yang perlu pembaharuan.. semestinya untuk menjadi seorang yang sempurna itu mustahil, tapi tak salah kalau kita mencuba untuk berusaha ke arah yang lebih baik kan? ^_^

okay, dah.. end of babbling... back to tajuk asal, actually pegi tasik varsiti tu ada tujuan lain.. ada la tu.. buat masa sekarang biarlah rahsia.. cewah..!! pfft.. :p and i think hadaf tu dah terlaksana kot.. Alhamdulillah.. TQ to Lisa, Rahmah, Aiman, Farida n Fiqmat..

sory rahmah, muka u sparuh je.. hehe.. :D
Annyong.. ^_^

2 comments: