Sunday, May 6, 2012

Rahsia Tulisan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat kesihatan, kebahagiaan berada di samping keluarga tersayang. Bila usia makin meningkat ni, baru terasa betapa ruginya masa yang terbazir masa kecik2 dulu. Ingat lagi waktu dulu2 selalu bergaduh ngan adik, tak pernah aman, huhu.. Bila masuk sekolah berasrama, lagilah jarang masa yang terluang ngan diorang. Jadi bila dah besar ni hubungan pun tak rapat sangat. Rasa menyesal pulak teringat perangai dulu. Huhu.. Insya Allah masa cuti yang panjang ni akan dimanfaatkan untuk cover semula kekurangan2 yang dulu2 tu.. :)

So, back to the topic, hehe.. sebenarnya ada kaitan gak ngan family. Actually saya baru tahu, dan baru amati tulisan tangan setiap sorang member family ni. Sebelum ni tak pernah pun teliti betul-betul. Dan lepas amati satu2, saya perasan yang tulisan kami hampir sama saja. Lebih-lebih lagi tulisan jawi. Satu fesyen. Huhu..



Yang atas sekali tu ngian (ayah) punya tulisan, simple tapi suka sangat. Lepas tu tulisan mama ngan saya. Baru perasan, tulisan kami hampir sama. Like mother, like daughter la katakan. Huhu.. Pastu tulisan along. Dia nak buat tulisan khat tapi tak jadi. Maybe kalau guna pen khat jadi la kot. Then angah, acik n tati. Just nak bagitau, umur adik2 saya tu : along 16, angah 14, acik 12, tati 10 dan ina 5.. Tapi Ina tak pandai tulis jawi lagi. Hehe..

Pastu kami try tulisan biasa pulak, tulis nama masing2..


Hampir sama kan? Hehe.. :) 


Sebenarnya saya nak kongsi rahsia di sebalik tulisan, hasil kajian oleh Dr fadzilah Kamsah. Tak tahulah kesahihannya, tapi rasanya memang betul kot sebab kebanyakannya tepat walaupun ada jugak yang tak ada.
Pertama : Tekanan
1. Tekanan yang kuat
seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
- sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

2. Tekanan yang ringan
seseorang yang menulis dengan lembut, ringan, dan tidak berbekas.
- kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
1. Bulat-bulat
semua huruf diltulis dengan bulat
- emotional, prihatin, penyayang, sangat peka, banyak menggunakan otak sebelah kanan (kreatif)

2. Tajam-tajam atau leper-leper 
- rasional, sistematik dalam melakukan sesuatu kerja, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak sebelah kiri (logic)

Ketiga : Kecondongan
1. Ke Kanan
- suka bercerita, berkongsi dengan orang lain, peramah, suka bergaul, boleh memimpin, berani, pemurah, mudah menunjukkan kasih sayang

2. Ke Kiri
- suka berahsia, pemalu, sukar untuk bergaul, amat setia

3. Tegak
- sistematik, mudah mengawal diri, suka berkawan, tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, cenderung untuk mengambil jalan tengah

4. Campur-campur
- emosi tak tetap

Keempat : Kerapatan
1. Rapat-rapat
- suka bergaul, suka bergantung pada orang lain, jimat

2. Jarang-jarang
- tak suka bergaul, kurang mesra, boros

Tu je. Saja nak share. Biar kita kenal diri kita betul-betul. So kita boleh baiki kelemahan yang ada pada diri kita. Ingat, tulisan pun boleh mencermikan peribadi seseorang tau..! ^_^

No comments:

Post a Comment