Tuesday, June 5, 2012

Jodoh yang pasti


Bismillahirrahmanirrahim.

Jodoh.. 
Pasti tiada siapa yang dapat menjangkakan..
Siapa? Di mana? Bila? Dan bagaimana?


"Ia nasihat kecil daripada saya, janganlah gunakan kemahiran berilustrasi untuk menghasilkan lukisan dengan mesej seperti ini. Ia bukan sahaja mendatangkan kesan terbalik daripada mesej yang disebut, malah menyebabkan peminat-peminat bahan sebegini menjadi gedik, tak sabar nak kahwin dan memetik pelbagai nas untuk lecture ibu bapa yang tidak menyetujui hasrat mereka itu." - ustaz hasizal jamil

just selingan.. suka ayat ustaz. hohoho... 

Kadang-kadang kita terlalu obsess dengan jodoh yang kita sendiri pun tak kenal lagi. Dan tak pasti pun akan datang bila. Di FB banyak sangat kita didedahkan dengan bermacam-macam ayat bombastic, lovey dovey versi “cinta islamik” yang membuatkan kita syok sendiri berimaginasi, mengharapkan si “dia” yang entah siapa, dan bila akan muncul. 

waiting, waiting and waiting...............
Selalu kita terlupa pada jodoh kita yang satu lagi. Si “dia” yang pasti untuk kita. Yang telah ditetapkan olehNya sejak dari azali lagi. Cuma tak tahu bila akan dipinang. Yang pasti, hantaran kena siapkan sekarang lah. Takut nanti tak sempat pulak. Kalau dah last2 minit baru nak siap, masa tu orang dah masuk meminang, toksah cakap la. Orang yang masuk meminang tu pun kang muka masam je. Nauzubillah.

Siapa yang saya maksudkan ni? Mesti dah dapat teka kan? Yup.. si dia, jodoh kita yang pasti.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." Al-Ankabut : ayat 57

gementar menunggu saat itu tiba..
Hmm.. kenapa cakap pasal mati tetiba ni?

Actually semalam baru saja habis kenduri tahlil kat umah makcik. 7 malam berturut-turut. Suami sepupu saya baru saja kembali ke rahmatullah hari selasa lepas disebabkan sakit kanser tulang. Ada gak yang cakap kanser kulit. Entah lah. Doctor pun dah bingung agaknya. Tak tahu mana satu. Sebab bila bawak gi hospital, macam2 dah doctor buat, tapi tak dapat dipastikan penyakit yang sebenar. Sampai terpaksa ambil macam2 dari badan abang mie (bukan nama sebenar) nak buat sebagai sampel untuk kenal pasti penyakit dia. Sampai satu tahap tu, doctor kata memang dah tak boleh buat apa2 dah. 

Lepas tu, kami try pulak bawak gi berubat tradisional. Seminggu jugak lah saya ngan kazen gilir2 drive  gi kk sebab abang mie waktu tu memang dah tak boleh jalan and gerak2 dah. Terbaring atas katil ja. So terpaksalah gi amik macik yang pandai mengubat tu gi umah diorang. Penat jugak lah. Apa taknya, hari2 drive 90km. jauh kot. 
rehat sat.. huhu..
Lama-lama tu abang mie dah mula ada perubahan. Tapi dia selalu mengadu sakit. Paksa jugak lah, sebab nak sembuh kan. Tapi tu lah. Orang kata kalau dah sampai ajal nak buat macam mana kan? Walaupun dah cuba macam2, kita tetap tak dapat lawan takdir Allah. Hari selasa lepas abang mie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Agak sedih tengok kedaan arwah waktu tu. Tambah sebak bila saya tengok anak2 dia yang masih kecik lagi. Sampai sekarang bila saya tengok anak2 dia, saya selalu terfikir bagaimana nasib mereka nanti. Seusia 3 tahun dan 7 bulan dah kehilangan ayah. Manalah nak faham lagi. Nanti bila mereka dah besar sikit, mesti akan tertanya-tanya mana ayah. Kawan-kawan yang lain semua ada, diorang?

Wuwuwu…  (nanges laju2)

Apa yang saya nak kongsikan sini, ajal tu tak mengira masa, tak mengira tempat, dan tak mengira usia. Macam2 yang manusia lakukan di atas muka bumi ni. Tapi last2 semuanya akan menuju tempat yang sama jugak, iaitu alam barzakh. Rumah sementara sebelum pindah ke alam akhirat pulak nanti. Kalau cakap mengenai rumah, mesti terbayang segala perabot mewah yang antik, moden segala kan? Maka di sana nanti pun akan ada perabot jugak (Just perumpamaan penulis). Bergantung dengan apa yang telah diusahakan selama di dunia. Senang kata, amalan2 kita di dunia sekarang akan menentukan sama ada kita boleh tinggal dengan selesa atau tidak di bawah sana. 

Banyak kisah kematian yang selalu kita dengar. Ada yang baik tu, alhamdulillah. Yang kurang baik tu, nauzubillah. Minta dijauhkan. Maka selagi mana kita masih dikurniakan nikmat kehidupan di dunia ini, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk membuat segala persiapan sebelum berpindah ke rumah baru nanti. Semoga kita dikurniakan pengakhiran yang baik di dunia ini untuk permulaan yang baik di alam akhirat kelak. Sentiasalah mengingati mati, kerana dengan mengingatinya kita akan jadi hamba yang lebih bertaqwa. Insya Allah. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan berganjak ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal tentang empat perkara, tentang umurnya, ke mana dihabiskan sewaktu di dunia? masa remajanya, untuk apa ia digunakan? tentang hartanya, dari mana ia perolehi dan ke mana dibelanjakan? dan tentang ilmunya, bagaimana ia beramal dengannya."Hadis riwayat Muaz bin Jabal.

Sama-sama kita renungkan. :)


Peringatan buat diri. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment