Alhamdulillah.. Finally sekeping kertas yang ditunggu-tunggu tu dah pun sampai jumaat lepas, lepas seminggu belayar merentas laut china selatan. Huhu.. Berdebar jugak masa nak bukak hari tu. Yalah, result last ni adalah result yang tunjukkan hasil 2 tahun study kat apids. Study la sangat kan.... -_-"
Alhamdulillah overall result ok.. Walaupun tak tinggi, syukur sangat2 sebab tak expect pun dapat result macam tu.. Subjek yang paling curious skali nak tahu masa mula2 dapat result tu ialah chemistry 4. Masa jawab exam hari tu frust gila sebab tak sempat jawab 1 soalan tu.. bukan 1 soalan tunggal.. tapi 1 soalan and ada banyak part a, b, c and so on.. masa pengawas umum masa dah tamat baru perasan soalan tu tak jawab lagi. Maka frust menonggeng la tyme keluar dewan exam hari tu.. Huhu..
Tapi nasib bek la dapat ok gak.. Bila fikir semula, sebenarnya Allah bagi lebih daripada apa yang diharapkan. Rasa menyesal pulak tetiba. Actually masa bukak result hari tu ada rasa kecewa sikit. Tak tahulah kat mana yang tak puas hati. Padahal kalau timbang semula effort untuk exam hari tu, tak layak pun rasanya dapat result macam tu. Macam tak bersyukur pulak kan? Ish..
Astaghfirullah.. Ampunkan hamba ya Allah..
Tak nak jadi hamba yang tak bersyukur.
Tak nak jadi hamba yang tamak.
Nauzubillahi min zalik..
Terima kasih ya Allah.. Alhamdulillah..
Atas segala nikmat yang telah engkau berikan.
Hmm.. Hopefully result ni akan dapat bantu masuk kos yang saya nak. Decide nak masuk kos genetik, tapi tak sure sangat lagi. Tengok lah nanti dapat kos apa. Buat sahabat2 Apids, buat sesiapa sahaja yang membaca dan buat diri saya sendiri terutamanya, let's be thankful to Allah.. Show our gratitude to Him by being a better Muslim for each and everyday of our life. Stop complaining sebab perancangan Allah tu adalah yang terbaik.. So, Let's just follow the path that He led us to and Insya Allah everything's gonna be better.. ^_^
No comments:
Post a Comment